Publikasi yang akan datang (awal 2023) December 1, 2022 – Posted in: Excerpts

Suami Isteri Naik Haji 1939–1940: Kembara Raja Shahabuddin dan Rahmah

Rihlah atau kisah naik haji ini merakamkan petualangan Raja Shahabuddin dan isterinya Rahmah yang menaiki kapal terakhir ke Jeddah sebelum pecahnya ‘Peperangan Besar Eropah’ (Perang Dunia Kedua) sembari ‘U-boats’ (kapal selam Jerman) menjadi jerung yang bermaharajalela di lautan lepas.

Karya Raja Shahabuddin yang ditinta dalam aksara Jawi dan dicetak pada 1940 mengisi lompang (lacuna) periwayatan perjalanan haji dari Tanah Semenanjung ke sekujur tanah gurun merupakan kesinambungan mata rantai dan rekod zaman pengerjaan haji pada abad ke-20.

Catatannya ‘gender sensitive’ sungguh teristimewa sebagai satu-satunya pengkisahan perjalanan haji pada zaman itu yang memberi wacana mengenai kegiatan kaum Hawa dalam mengerjakan fardu haji.

Perjalanan kapal haji dari Pulau Pinang menempuh Laut Merah, Laut Socotra dengan persinggahan di Ceylon (Sri Lanka) dan Pulau Karaman. Sekembalinya mereka pasangan suami isteri itu di kuarantin di Pulau Jerejak kerana seorang penumpang mengidap penyakit cacar.

« Son of Patani: ‘Diari’ Raja yang dirampas takhta
Celebrating unique charm of Penang houses »