Cart 0

Batu Uban: Bukti Pertapakan Melayu di Pulau Pinang June 10, 2021 – Posted in: Uncategorized

Francis Light dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang pada tahun 1876. Kaum-kaum lain yang datang berhijrah pula dianggap membantu menyemarakkan lagi perkembangan kapitalisme di Pulau Pinang. Atas sebab itu sumbangan mereka dijulang dan segala yang berkaitan dengan mereka seperti kawasan (petempatan), bangunan dan tokoh dianggap warisan sejarah yang perlu disimpan malah diwartakan sebagai warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCO. Dalam waktu yang sama, pihak-pihak tertentu melupakan sejarah tempatan iaitu sejarah orang-orang Melayu yang…

Continue reading

Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang – Posted in: In The News

Apakah sebenarnya yang berlaku pada orang Melayu di Pulau Pinang? Apakah mereka dikhianati sejarah atau tertindas oleh transformasi ekonomi? Apapun yang sebenarnya berlaku, perkara utama perlu diketahui ialah kecurangan orientalis yang mencatatkan Pulau Pinang sebagai pulau yang kosong ketika Francis Light menjejakkan kaki pada 1786. Pandangan balas itu diperincikan menerusi naskhah Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang karya Ahmad Murad Merican. Malah, beliau jelas menyebut naskhah itu dihasilkan bertujuan meluruskan sejarah dengan harapan Batu Uban…

Continue reading

Menulis sejarah orang kalah April 21, 2021 – Posted in: In The News

Oleh DR MUHAMIN SULAM / April 17, 2021 Buku ‘Batu Uban. Sejarah Awal Pulau Pinang’ tulisan Prof Dr. Ahmad Murad Merican dianugerahkan sebagai buku terbaik dalam kategori buku sejarah sempena Majlis Anugerah Buku Negara baru-baru ini. Beliau bukanlah terdidik dalam disiplin sejarah dan bukan pakar sejarah. Namun karyanya itu, saya anggap sebagai sejarah orang kalah. Orang asal Pulau Pinang adalah ‘orang kalah’. Mungkin sebagai anak tempatan, Prof Dr. Ahmad Murad Merican cuba bangun menolak pemikiran yang sedia…

Continue reading