Membongkar Serangan Orientalisme

Ahmad Yumni Abu Bakar, Mohd Fairuz Jamaluddin & Mardzelah Makhsin
2019. UUM.
Softcover, 22.8 cm x 15.2 cm, 177 Pages
ISBN: 9789672210429

RM40.00

Buku ini membicarakan tentang dakwaan dan hujahan orientalis terhadap Islam daripada pelbagai dimensi. Pelbagai sudut serangan dilakukan oleh orientalis Barat terhadap al-Quran dan kisah yang terdapat di dalamnya, mempertikaikan hadis nabi serta juga tohmahan terhadap peribadi Nabi SAW. Pandangan orientalis dan liberalis terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan akhir-akhir ini menjadi trend kepada masyarakat dunia diperincikan secara ilmiah. Selain itu, perbincangan mengenai pengaruh orientalis terhadap dunia al-Quran sehingga mentafsirkan al-Quran mengikut acuan metodologi Barat yang dipanggil hermeneutika turut diselitkan. Buku ini dapat mendedahkan pengaruh orientalis ke atas dunia Islam sehingga lahirlah golongan Islam sehingga lahirlah golongan Islam liberal dan antihadis yang berkiblatan Barat. Justeru, pendekatan yang digunakan dalam buku ini adalah amat sesuai kepada masyarakat umum kerana segala keraguan dan persoalan yang ditimbulkan oleh orientalis serta pengikutnya terhadap Islam telah dijawab berdasarkan pandangan cendekiawan Islam.

Weight 400 g
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1 cm