Kumpulan Cerpen: Konflik di Hati Enrique

, ,

Nazri Hussein.
2014. ITBM.
Softcover, 18.4 cm x 13.4 cm, 111 Pages
ISBN 9789674301712

RM20.00

Konflik di Hati Enrique menghimpunkan sepuluh buah cerpen hasil karya Nazri Hussein (Husna Nazri) yang dipersembahkan secara segar dan matang. Karya-karya yang termuat menyajikan permasalahan semasa serta isu-isu mutakhir yang berlegar dalam masyarakat baik pada peringkat global mahupun merentasi jauh ke sempadan geografi yang bersifat global. Tema-tema yang diangkat pula pelbagai – daripada sengketa dunia, jati diri, falsafah, warisan Melayu, perpaduan serta ketuhanan dan kebenaran. Semuanya digarap melalui sentuhan seni sastera yang mulus dan tersirat. Cerpen Konflik di Hati Enrique yang menjuduli buku ini mengetengahkan tentang pencarian terhadap warisan dan jati diri yang dipadamkan oleh sejarah masa silam.

Weight 210 g
Dimensions 18.4 × 13.4 × 0.9 cm