Jom Langkawi: Sebuah Panduan Kembara

, ,

Zinitulniza Abdul Kadir
2015. ITBM.
Softcover, 23.4 cm x 18.5 cm, 129 Pages
Illustrated
ISBN: 9789674600938

RM25.00

Pernahkah anda ke Langkawi, sebuah pulau kecil bebas cukai di Kedah, Malaysia, yang terletak di utara Selat Melaka dan selatan Laut Andaman, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand? Jika belum, buku ini akan membuat anda segera teruja untuk bergegas ke sana. Mengapa? Kerana Langkawi ada segalanya untuk nostalgia menakjubkan. Ia diiktiraf UNESCO taman geo tunggal Asia Tenggara; memiliki hutan berusia jutaan tahun yang masih dihuni spesis tumbuhan purba; mempunyai taman buaya dan muzium tiga dimensi antara terbesar di dunia; laut biru dan deretan pantai bersih berpasir putih; kemudahan golf antara terbaik Asia; jambatan gantung melengkung terpanjang dunia, dan kereta kabel berlaluan terpanjang serta tercuram dunia! Tidak cukup? Perairan Langkawi dihuni ratusan spesis ikan dan hidupan marin unik, termasuk Manta Ray, ikan pari terbesar dunia yang jarang ditemui di lokasi lain seluruh dunia. Jadi apa lagi ditunggu? Jom baca buku ini dan Jom Langkawi. Pilih tarikh percutian, dan jangan terlepas menerokai misi kembara terhebat!

Weight 410 g
Dimensions 23.4 × 18.5 × 0.7 cm