Mek Mulung: Kesenian Perantaran Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua

, , ,

Zinitulniza Abdul Kadir
2014. ITBM.
Hardcover, 29.2 cm x 29 cm, 141 Pages
Illustrated
ISBN: 9789674307721

RM110.00

Menyamai sifat kebanyakkan teater tradisional Melayu, Mek Mulung sarat pelbagai elemen simbolisme serta aksi dramatik yang kaya estetika tersendiri. Ia asasnya berfungsi untuk tujuan pengubatan dan penghormatan kepada leluhur atau roh nenek moyang beberapa generasi sebelumnya, dengan kepercayaan bahawa amalan itu mampu melindungi pewaris daripada gangguan alam dan kuasa ghaib. Bagaimanapun, senario mistik kini tidak relevan, sekali gus berisiko membunuh kelangsungan seni persembahan warisan Kedah Tua ini. Persoalannya, wajarkah seni khazanah lama yang mendokumentasi sebahagian kehidupan empayar Melayu silam ini dibiar hilang dan beransur-ansur pupus? Buku ini cuba memberi keadilan kepada Mek Mulung. Antara kepercayaan supernatural dan estetika persembahan, antara tujuan dan teladan, Mek Mulung hakikatnya adalah sebuah kesenian rakyat untuk rakyat, simbol tamadun budaya masyarakat Kedah Darul Aman, atau disebut hikayatnya, Negeri Cahaya Bulan…

Weight 1230 g
Dimensions 29.2 × 29 × 1.7 cm