Kini satu gaya hidup orang Melayu yang membuat beliau gelisah. Ia berlaku zaman feudal dan kolonial lagi tetapi diwarisi oleh sebahagian besar umat Melayu/Islam. Bagi beliau, gaya hidup dan sistem yang membelenggu umat Melayu/Islam seperti inilah yang menyebabkan umat Melayu/Islam mundur, walaupun ada sebab-sebab yang lain lagi.
Manusia itu sebenarnya pengguna! Pengguna berkewajipan membantu seruan Allah: “Menyuruh kepada perkara baik dan menegah kepada perkara mungkar”.
S.M. Idris bukan seorang pemikir, tetapi beliau sering berfikir. Menerajui pelbagai NGO termasuk CAP, beliau melihat bagaimana manusia sebagai pengguna telah menyalahkan sistem hidupnya, sehingga terjebak menjadi manusia berjiwa hamba.
Melihat bagaimana kemiskinan dan nasib rakyat akibat penyalahgunaan sistem, beliau melontar lagi pandangan. Maka lahir pula “Luka Rakyat” yang cukup laris kerana menepati untuk semua peringkat berfikir kemudian “Mustadh ‘afin”.