Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua Hingga Pascakemerdekaan

, , ,

Editor: Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun & Mokhtar Saidin
2019. USM.
Softcover, 24.1cm x 16.5cm, 281 pages
ISBN: 9789674613983

RM31.00

Menelurusi sejarah Lembah Sungai Merbok-Muda sejak era kemerosotan Kedah Tua pada kurun ke-14 Masihi hingga pascakemerdekaan adalah satu jangka masa yang panjang. Rentang waktu ini menyaksikan pelbagai peristiwa dalam lipatan sejarahnya yang tidak sunyi daripada cerita jatuh bangun manusia dan kemanusiaannya. Makalah-makalah dalam buku ini menyajikan bukti tinggalan kegemilangan lampau mulai daripada kegiatan perdagangan hinggalah kepada kehebatannya melalui cerita raja-rajanya dan masyarakat bawahan, fakta dan mitos serta budaya popular mengenai Raja Bersiung, situs pemakaman diraja, tapak istana dan manuskrip surat menyurat raja-rajanya. Sejarah penaklukan Siam, British dan kemerdekaan memahatkan perkembangan warisan budaya dan pentadbirannya yang terus subur dan megah.

Weight 600 g
Dimensions 24.1 × 16.5 × 1.5 cm