Apabila Wartawan & Artis Menangis

, , , , ,

Abdullah Abdul Hamid et al
2019, Sympathy Society
Softcover, 21 cm x 15 cm, 123 pages
ISBN: 9789671410578

RM25.00

Browse Wishlist

Kenapa buku ini dihasilkan? Siapakah yang perlu membacanya? Apakah mesej yang terkandung di dalamnya? Buku Apabila Wartawan dan Artis Menangis adalah catatan daripada perjalanan dan pengalaman penulis di beberapa buah negara terutamanya ketika menjalankan tugasan Wartawan dan misi kemanusiaan, antaranya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di Palestin, Syria dan Bangladesh. Buku ini dihasilkan untuk menyampaikan pelbagai kisah yang disaksikan dan dirasai sendiri oleh penulisnya. Lebih daripada itu ia merupakan catatan penting sebagai dokumen atau rekod yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan sebagaimana catatan pengembaraan Tun Sri Lanang menerusi Sejarah Melayu, Abdullah Munsyi menerusi Pelayaran Abdullah Munsyi dan Kisah Pelayaran Christopher Columbus. Meskipun buku ini merupakan sebuah bahan bacaan ringan dan sesuai sekali untuk dibaca oleh generasi pelajar, ia juga sebenarnya sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kerana sifatnya yang berbentuk ‘travelog’ dan kemanusiaan. Buku Apabila Wartawan dan Artis Menangis menceritakan kisah unik di negara orang, kisah malang yang menimpa etnik Rohingya yang terusir sebagai pelarian, rakyatPalestin dan Syria yang dibadai penjajahan dan peperangan.

Weight 300 g
Dimensions 21 × 15 × .8 cm