Tanjong Malim asalnya Tanjongjambu yang dibuka oleh orang Bugis mulai 1783. Tanjong Malim berkembang sejak pembukaan Kampung Kubu pada tahun 1870 oleh Haji Mustafa bin Raja Kamala. Nama Tanjong Malim mula digunakan secara rasminya pada 1885.
Buku ini membawa pembaca untuk meneliti sejarah Tanjong Malim dari awal pernbukaan dan perkennbangannya sehingga kini. Untuk memberi lebih jelas gambaran mengenai sejarah Tanjong Malim tujuh bab telah diketengahkan:
- Sejarah awal
- Ulu Bernam dan Tanjong Malim sejak 1870–1900
- Penduduk dan perkembangan ekonomi
- Sultan Idris Training College
- Tanjong Malim pada zaman darurat
- Pembangunan diTanjong Malim
- Rumusan
Pelbagai peristiwa menarik dikongsikan oleh penulis untuk tatapan pembaca. Antaranya hasil lukisan oleh Sir Frank Swettenham yang merupakan Residen negeri Perak yang banyak melakarkan peristiwa di Sungai Bernam dalann lukisannya. Begitu juga kisah menarik tentang penetapan sempadan negeri Perak dan Selangor yang ditentukan dengan cara meninnbang berat air sungai di Sungai Bernam dan Sungai Bil.
Buku ini menarik dan sesuai dibaca oleh pencinta sejarah, orang awam, penuntut universiti dan pelajar sekolah.