Refleksi Historiografi Alam Melayu

Tatiana A. Denisova
2011. Penerbit Universiti Malaya
Softcover,23cmx15.5cm,466pages
Illustrated
ISBN:9789831005101

RM60.00

Buku Refleksi Historiografi Alam Melau ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan Melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna. Di samping itu, untuk menarik perhatian para ilmuwan dan para pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu lama akan betapa unggulnya karya tersebut. Penulisan ini juga dapat menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi tonggak tamadun bangsa Melayu. Pembaca juga diperkenalkan dengan tulisan dan fikiran orang Melayu yang pernah mencipta karyanya pada kurun ke-13 hingga ke-19. Dengan itu, buku ini menyusun banyak petikan daripada teks sejarah Melayu dan melampirkannya dengan penjelasan dan analisis ilmiah. Teks yang dikaji dan dipilih itu adalah daripada sumber yang nyata dan konkrit suparua penelitiannya bersifat objektif. Adalah diharapkan bahan dalam buku ini seterusnya dapat digunakan untuk kajian yang berkaitan dengan bidang ilmu seperti sejarah, falsafah, etnologi, ekonomi dan sebagainya. Selain itu, tumpuan jugadiberikan pada unsur kehidupan intelektual dan unsur ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu. Kedua-dua aspek tersebut merupakan elemen utama dalam seharah dan tamadun bangsa sekali gus menunjukkan tahap perkembangan dan kemakmuran masyarakat ketika itu.

Weight 700 g
Dimensions 23 × 15.5 × 2.5 cm

You may also like…