Warisan Seni Bina Melaka

,

Warisan Seni Bina Melaka
Mohammad Tajudin Mohamad Rasdi
ISBN 9789834606725

RM45.00

Melaka merupakan pusat kebudayaan sejarah Malaysia moden. Di sinilah mulanya ketamadunan yang bercambah ke serata pelosok negara di semenanjung ini. Belanda, Portugis dan Inggeris telah meninggalkan warisan seni bina masing- masing semasa penjajahan mereka. Bandar ini juga mempunyai warisan bangsa Arab, Cina dan India yang datang berdagang dan meninggalkan warna warisan kebudayaan masing- masing. Buku ini membentangkan pelbagai contoh bangunan warisan seperti kuil, gereja, rumah kedai, bangunan komersil dan bangunan pentadbiran. Seni bina warisan ini memeparkan kerhidupan zaman kegemilangan Melaka yang boleh mencetuskan impian terhadap apakah seni bina yang septatutnya dibuat bagi mengembalikan suasana kemanusiaan dan kebudayaan dalam bandar moden masa ini.

Prof. Dr. Mohamas Tajuddin bin haji Mohamad Rasdi ialah seorang pensyarah kanan di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alama Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Prai pada tahun 1962. Beliau mula berkhidmat di UTM sejak tahun 1987 lagi. Prof. Dr. Moahamad Tajuddin telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah St. MArks, Butterworth dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hua Lian, taiping. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (1984) dalam Seni Bina dan Sarjana (1986) dari Universiti of Winconsin, Milwaukee (AS). Beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Seni Bina oleh Universiti of Edinburgh (UK) pada tahun 1996. Prof. Dr, Mohamad Tajuddin telah banyak menyumbang bahan penulisan yang disiarkan dalam akhbar, majalah, jurnal kebangsaan, jurnal anatarabangsa dan kertas seminar di peringkat dalam dan luar negara. Beliau mempunyai kepakaran khusus dalam bidang Sejarah dan Falsafah Seni Bina Islam dan juga Seni Bina Moden dan Tradisional Malaysia.

Di peringkat anatrabangsa, Prof. Dr. Mohamad Tajuddin memeperjuangkan Seni Bina Islam dari perspektif al – Sunnah. Di samping menjadi penulis, beliau juga banyak memberi ceramah di media elektronik, badan NGO, badan politik dan pusat pengajian tinggi. Beliau pernah dijemput sebagai penulis tamu untuk “Ruang Arkitek Menulis” dalam Utusan Malaysia dan kini masih menulis untuk ruang “Architecture Inside Out” dalam The Star. Beliau juga menjadi Penasihat Utama untuk MASSA (Modern Achitecture Study in Southeast Asia, taylors University College dan Center for Islamic Architecture from the Sunnah (CIAS) di Universitas Islam Nagari, Malang, Indonesia.

Weight 300 g
Dimensions 24.8 × 25 × 0.8 cm

You may also like…