Undang-undang Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat / Statuses of Orders and Medals (Edisi 2000, Edisi 1990 & Edisi 1983) Bilingual/dwibahasa (English/Malay)
Darjah Kebesaran Negeri Perak, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan akan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak khasnya dan Negara Malaysia amnya dengan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Perak. Tujuan kurniaan ini adalah seperti berikut:
- Untuk menghargai perkhidmatan cemerlang mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang awam.
- Untuk menghargai perkhidmatan gagah berani oleh ahli-ahli pasukan bersenjata atau orang-orang awam.
- Untuk mengurniakan Pingat-pingat bagi khidmat berbakti dan khidmat perkasa untuk ahli-ahli pasukan bersenjata, polis dan pasukan-pasukan sukarela.
DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT
Darjah-darjah Kebesaran yang akan dikurniakan kepada orang-orang yang tersebut di atas kerana perkhidmatan cenmerlang kepada Negeri Perak khasnya, dan Malaysia amnya, adalah seperti disenaraikan didalam buku-buku ini yang disusunkan sebagai satu set dalam kotak khas.