Adat Pusaka Raja-raja & Orang Besar-besar

,

Compiled by Adib Vincent Tung
1999. Compass Life Sdn. Bhd.
Hardcover, 29cm x 20.9cm, 180 pages
ISBN 9834001703

RM200.00

Penerbitan senaskah buku mengenai adat resam dan istiadat adalah tugas yang amat rumit. Adat resam sesesuatu kaum atau bangsa pada suatu masa dahulu, mengikut pengetahuan penyusun, merupakan cara hidup yang tersempurna bagi kaum atau bangsa yang berkenaan itu, dan tindakan mahupun hukuman boleh dijatuhkan ke atas sesiapa yang melanggari salah satu daripada adat-adatnya. Akan tetapi adat resam pada zaman ini banyak mengalami perubahan dan sebahagian besar daripadanya telah diubahsuai mengikut peredaran zaman. Besar kemungkinan pengubahsuaian ini disebabkan oleh pengajaran agama, pengaruh kebudayaan luar serta tekanan daripada keperluan dan cara hidup generasi muda dari suatu zaman ke suatu zaman yang lain. Kerana adat-adat terdedah kepada banyak pengubahsuaian dan pindaan, tiada sesiapa pun di dunia ini yang berani menggelarkan dirinya sebagai authoriti kekal dalam sesuatu adat.

Adat resam orang Melayu Perak Darul Ridzuan yang dipusakai daripada nenek-moyang pula banyak dipindakan, dan antaranya yang difikirkan tidak sesuai langsung diamalkan pada masa kini telah pun disingkirkan seterusnya. Pindaan ini dipercayai telah dilakukan secara konstruktif serta bersesuaian dengan cara hidup moden dan bukan berniat jahat mahupun memusnahkan.

Demikian pula, terdapat unsur-unsur dan prosedur adat istiadat diraja sekarang telah dicampur-baur dengan kehendak protokol dan pergaulan barat yang dibawa masuk ke tanah air ini oleh penjajah Inggeris.

Walaupun pada umumnya tujuan amalan tradisi-tradisi sejenis dijayakan dengan kaedah yang sama oleh setiap golongan orang Melayu di rantau ini, maka sekiranya disemak dengan teliti, setiap pengamalan sebenarnya mengandungi perbezaan dalam pemakaian dan prosedur. Perbezaan ini hams diambil-kira, dan adalah menjadi kesilapan apabila mengesyorkan bahawa satu praktis adalah tidak tepat manakala yang lain adalah betul kerana pengamalan adat atau tradisi adalah seumpama peribahasa lain padang lain belalang atau lain lubuk lain ikannya.

Kesulitan tambahan yang dialami oleh seorang penyusun adat ialah kekurangan maklumat bertulis mengenai subjek ini. Oleh itu, sesiapa yang berhasrat menghasilkan karya bersangkutan dengan adat resam terpaksalah menjalankan penyelidikan keseluruhan serta terperinci dan mengadakan temu-bual dengan orang-orang tua yang berpengalaman.

Tujuan penyusunan buku adat ini adalah memaparkan kesedaran di kalangan generasi moden kini bahawa orang Melayu Perak Darul Ridzuan amat kaya dengan adat resam yang tersendirinya. Adalah menjadi harapan penyusun bahawa adat-adat yang dibentangkan dalam buku ini dapat dihidup-kembalikan dan diamalkan semula dalam peradaban orang Melayu yang bermastautin di Negeri Perak Darul Ridzuan. Kaedah dan peringkat pengendaliannya memang terpulang kepada kehendak, pilihan, keperluan, penyesuaian dan kemampuan bakal-bakal pengamal itu.

Buku ini disusun berasas daripada buku Adat Lembaga Orang-Orang Melayu Di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan (Yang Pentama) yang telah diterbitkan pada tahun 1955 (penyusunnya ialah Raja Bendahara, Raja Kecil Sulung, Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Raja Kamarul Bahrain dan Raja Aman Shah) dan Adat Lembaga Orang-Orang Melayu Di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan (Yang Kedua) yang tiada diterbitkan secara rasminya walaupun teks manuskripnya lengkap disusun (dan penyusunnya adalah Dato’ Haji Zainal Abidin bin Ali).

Adat Lembaga Orang-Orang Melayu Di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan juga dipercayai disusun mengikut karya berjudul Tawarikh Raja Dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan yang dihasilkan oleh Wan Abdul Karim bin Wan Abdul Hamid, seorang kerani kepada Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, pada tahun 1934. Buat kali ini, penyusun cuba membincangkan adat istiadat Raja-Raja Negeri Perak Daml Ridzuan yang telah dipegang oleh Raja-Raja dan rakyat jelata negeri Perak.

Weight 850 g
Dimensions 29 × 20.9 × 1.3 cm