Sosioekonomi Penduduk Melayu Hulu Kelantan 1946-1960

,

Hamdan Aziz
2018, UMK
Softcover, 23.2 cm x 15.7 cm, 399 pages
Illustrated
ISBN:9789670955964

RM50.00

Buku ini membincangkan keadaan sosioekonomi penduduk Melayu Hulu Kelantan bermula sewaktu pentadbiran kerajaan Malayan Union sehingga berakhirnya pengisytiharan darurat pada tahun 1960. Sewaktu pentadbiran Malayan Union, permusatan kuasa berlaku kepada Gabenor manakala kuasa Sultan terutama dalam pentadbiran tanah begitu terhad. Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan kebergantungan penduduk terhadap penggawa untuk mendapatkan tanah-tanah pertanian serta tempat tinggal. Kegiatan pengganas komunis yang tertumpu di kawasan hutan seperti Hulu Kelantan menyukarkan penduduk untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi sedangkan kabanyakan penduduk terlibat dalam pertanian sara diri. bagi menzahirkan struktur sosioekonomi penduduk Melayu Hulu Kelantan , beberapa aspek yang berkait dengan keadaan sosioekonomi penduduk seperti pola penempatan, penglibatan politik, pendidikan, kemudahan infrastruktur, kesihatan, keagamaan dan kebudayaan diketengahkan melalui buku ini. Kegiatan ekonomi penduduk seperti penanaman padi, penternakan, pemungutan hasil hutan, penanaman getah, perlombongan, pembalakan serta perniagaan turut dibincangkan. Pasca Pilihan Raya Umum 1959 menyaksikan kerajaan negeri  Kelantan juga giat membuka tanah untuk pertanian serta penempatan melalui agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN).

Weight 650 g
Dimensions 23.2 × 15.7 × 2 cm