Sejarah Naning: “Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat”

,

Sejarah Naning @ Luqman Nulhakim Harzamar, 2018
ISBN 9789671567654
Geroda Merah Press

RM40.00

Naning merupakan sebuah wilayah yang cukup dikenali dalam sisi pandangan para pengkaji dan penggemar sejarah negara. Naning yang diolah oleh Belanda menyebabkan pentarikhan sejarah Naning dianggarkan wujud sekitar abad- 17 sedangkan tarikh pembukaannya adalh sama dengan pemerintahan Sultan Muzafar Shah di Melaka. Sejarah perkembangan kebudayaan di Naning merupakan titk permulaan kepada kelestarian adat Perpatih dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan Datuk Perpatih Nan Sebatang ke Naning sekali gus telah merubah landskap geopolitik masyarakat tempatan dan berjaya meluaskan pengaruhnya hingga kerantauan orang. Punlisan ini membahaskan perkembangan sejarah Naning mengikut proses zaman dan melihat hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Buku ini telah ditulis secara kritis dan membahaskan maklumat- maklumat yang pernah diguna pakai sarjana terdahulu dalam mangkaji sejarah Naning kerana berlakunya masalah kurang memahami sistem kebudayaan orang Naning secara praktikal. Justeru, buku ini bakal mengisi ruang lompang dalam institusi sejarah Naning berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis secara emik dan praktik.

Weight 500 g
Dimensions 20.5 × 14.7 × 2.0 cm

You may also like…