keagungan islam_cvr

Sejarah Keagungan Kerajaan-kerajaan Islam

RM65

Prof (Adj) Datuk Dr Hj Mohd Jamil Mukmin
2015. Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 25.5cm x 20.5cm, 383 pages
ISBN 9789832600459

Out of stock

SKU: 800. Categories: , . Tags: , , , , , .

Product Description

Buku Sejarah Keagungan Kerajaan-kerajaan Islam pada asalnya berjudul Sejarah Perkembangan lslam dan edisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1992. Edisi kedua ini diterbitkan dengan penambahbaikan fakta-fakta baru. Buku edisi baru ini mengandungi 18 bab. Tetapi secara keseluruhannya isi kandungannya boleh dibahagikan kepada 13 kumpulan besar, iaitu

  1. Zaman Jahiliah dan Arab sebelum Islam,
  2. Islam dalam Zaman Nabi Muhammad,
  3. Kerajaan Khulafa al-Flasyidin,
  4. Kerajaan Bani Umaiyah,
  5. Kerajaan Bani Abbasiyah,
  6. Kerajaan islam di Sepanyol,
  7. Peperangan Salib,
  8. Kerajaan Turki Uthmaniah,
  9. Kerajaan Fatimiah,
  10. Kerajaan Islam di India,
  11. Kedatangan Islam ke Negeri China,
  12. Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, dan bab baru
  13. Islam Kontemporari.

Pengupasan mengenai Zaman Jahiliah dan Arab sebelum Islam di dalam buku ini dibuat secara menyeluruh adalah semata-mata berlujuan untuk memberi gambaran yang jelas mengenai keadaan geografi dan kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Arab pra-Islam. Ini adalah penting kerana dislnlah tempatnya kelahiran Nabi Muhammad dan Islam. Oleh hal yang demikian dengan pengupasan menyeluruh ini perbandingan secara yang lebih objektifdan adil mengenai keadaan penduduk-penduduk Tanah Arab sebelum dan selepas kedatangan Islam dapat dibuat. Perkembangan Islam dalam Zaman Rasulullah dan KhuIafa’aI-Rasyidin adalah merupakan peringkat awal perkembangan Islam dan kelahiran pemerintahan Islam. Kerajaan-kerajaan Islam di dalam kedua-dua zaman ini berjalan dengan sempurna mengikut dasar-dasar Islam seperti yang ditentukan oleh al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah. Begitu juga dalam soal dakwah atau penyebaran Islam adalah dijalankan dengan bijaksana. Umat Islam masa kini telah maju setanding di dalam semua bidang kehidupan, khususnya bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi. Tetapi kemajuan umat Islam pada masa ini terlalu banyak menghadapi cabaran seperti persengketaan dan peperangan sesama sendiri, antara yang lain. Umat Islam perlu mampu menghadapi cabaran-cabaran seperti ini, barulah dapat mengulangi zaman kegemilangan.

Additional Information

Weight 1000 g
Dimensions 25.5 x 20.5 x 2 cm