Sejarah Keagungan Kerajaan-Kerajaan Islam

, ,

Mohd Jamil Mukmin
2015 (2nd Edition). IKSEP.
Softcover, 25.2 cm x 20.3 cm, 383 Pages
Illustrated
ISBN: 9789832600459

RM65.00

Buku Sejarah Keagungan Kerajaan-Kerajaan Islam ini pada asalnya berjudul Sejarah Perkembangan Islam dan edisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1992. Edisi Kedua ini seperti tajuk diatas diterbitkan dengan penambahbaikan fakta-fakta baru.

Buku edisi baru ini mengandungi lapan belas bab. Tetapi secara keseluruhannya isi kandungannya boleh dibahagikan kepada tiga belas kumpulan besar, iaitu Zaman Jahiliah dan Arab sebelum Islam, Islam dalam Zaman Nabi Muhammad, Kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah, Kerajaan Islam di Sepanyol, Peperangan Salib, Kerajaan Turki Uthmaniah, Kerajaan Fatimiah, Kerajaan Islam di India. Kedatangan Islam ke Negeri China, Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara dan bab baru Islam Kontemporari.

Buku ini mengupas tentang kejayaan-kejayaan kerajaan-kerajaan Islam dari tahun 610M sehingga ke tahun 1912M, bukan sahaja dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial tetapi juga di dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Weight 1000 g
Dimensions 25.2 × 20.3 × 2 cm