Peranan Ulama Dalam Kesultanan Terengganu

, ,

Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi, Berhanundin bin Abdullah & Rohaizan bin Baru
2015. Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Softcover, 22.7cm x 15,2cm, 158 pages
ISBN 9789671084434

RM40.00

Buku Peranan Ulama Dalam Kesultanan Terengganu menjelaskan peranan ulama daripada zaman Batu Bersurat melalui zaman penubuhan kesultanan Terengganu lebih 300 tahun yang lalu sehingga ke hari ini. Dalam sejarah yang panjang ini terdapat kemunculan beberapa tokoh ulama tersohor yang memainkan peranan penting pada zaman masing-masing.

Buku ini membicarakan perkembangan ilmu dan institusi agama, karya dan pengaruh ulama dalam masyarakat, karya-karya terpilih dan institusi mufti dalam kesultanan Terengganu. Buku ini juga memberi tumpuan kepada peranan ulama sebagai sarjana Islam yang menjadi pemelihara, penterjemah dan penyampai ajaran Islam kepada masyarakat di Terengganu. Turut dibicarakan peranan ulama dalam mendepani pelbagai cabaran baharu globalisasi pada abad ke-21 ini.

Buku ini sangat sesuai untuk tatapan ahli akademik, pentadbir, pelajar, para pengkaji, dan masyarakat awam yang ingin mengetahui penglibatan dan peranan ulama dalam kesultanan dan institusi sosial Terengganu. Diharapkan buku ini dapat mencetuskan ilham bagi memikirkan cabaran-cabaran baru umat Islam hari ini dan bagaimana para ulama dan cendekiawan lain boleh memainkan peranan mereka secara proaktif bagi menangani cabaran-cabaran tersebut demi kemajuan umat Islam dan negara.

Tentang penulis

  • Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi, PhD ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, dan pernah memegang jawatan Dekan Fakulti daripada Januari 2012 hingga Januari 2014 setelah bertanggungjawab sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) daripada 2007 hingga 2011.
  • Berhanundin bin Abdullah, PhD ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Penyelaras Diploma Dakwah mulai 2014. Beliau memperoleh ijazah PhD dalam bidang Sejarah pada 2009. Selepas berkhidmat di UKM sebagai tutor dan pensyarah untuk satu masa, beliau berpindah ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), dan terus memegang jawatan pensyarah di sana apabila KUSZA dinaik taraf menjadi UniSZA pada 2007.
  • Rohaizan bin Baru, PhD, ialah Profesor Madya dan Penyelaras Program Ph.D di Pusat Pengajian Siswazah (PPS), felo penyelidik di Pusat Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) dan pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Weight 450 g
Dimensions 22.7 × 15.2 × 1 cm

You may also like…