Buku ini merupakan lanjutan kepada buku Pengurusan Pusaka Islam di Malaysia – Teori dan Pengiraan. Dalam buku ini, dilanjutkan lagi perbincangan mengenai pengurusan pusaka Islam di Malaysia, tetapi penekanan lebih ditumpukan kepada isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.
Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi
Books in Malay, IslamicNasri Naiimi
2016. UUM.
Softcover, 22.9 cm x 15.3 cm, 292 Pages
Illustrated
ISBN: 9789670876931
RM39.00
Related products
Categories
- Academics
- Architecture
- Areca Books
- Biography
- Books in Chinese
- Books in Malay
- Cookbooks
- Cultural Heritage
- Economy
- History & Social History
- Islamic
- Journeys
- Language
- Literature
- Malaysiana
- Music & Performing Arts
- Nature, Ecology and Environment
- Penang
- Peranakan
- Philosophy
- Politics
- Recommended
- Religion
- Social Issue
- Uncategorized
- Visual Arts
- Young Readers
- Z-souvenirs
- ZeroSugar