Parameswara Pengasas Empayar Melaka

,

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusoff Hashim
2014. IKSEP.
Softcover, 22.8 cm x 15.1 cm, 138 Pages
Illustrated
ISBN: 9789832600206

RM25.00

Sejarah Parameswara dan persejarahan Melaka serta kesultanannya tidak dimulakan dengan suatu kekosongan.

Pada dasarnya, prinsip sejarah tokoh dan perspektif persejarahan ini banyak berlandaskan dan berlatarbelakangkan tradisi persejarahan Selat Melaka dan sekitar khususnya, serta tradisi persejarahan alam Melayu umumnya. Kedua-dua tradisi ini pula saling bertalian dan berkait dengan perubahan sejarah politik, serta ekonomi di luar rantau khususnya negeri China, Timur Tengah dan India. Agama Islam ada unsur-unsur kebudayaan setempat pula didapati menjadi ejen pencorak yang paling utama dan berkesan, untuk mewarnai dan membentuk tradisi serta sejarah Melaka. Agama Islam telah mencorakkan pelbagai institusi kemasyarakatan.

Berdasarkan keterangan di atas, maka konsep penubuhan, perkembangan dan pengekalan Kesultanan Melayu Melaka, yang selama seabad lebih itu, dan peranan Parameswara perlu dilihat dalam dua konteks tetapi dalam satu garis perspektif persejarahan yang selari. Pertama, melihat tradisi Melaka dari konteks persejarahan serantau; dan yang kedua, melihat dari konteks persejarahan tempatan bagi sebuah negara, iaitu Malaysia sekarang.

Weight 450 g
Dimensions 22.8 × 15.1 × 0.9 cm