Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa

,

YBhg. Prof. (Adj) Datuk Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin
2013. IKSEP.
Softcover, 25.5 cm x 20.4 cm, 1267 Pages
ISBN: 9789832600312

RM250.00

Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu, selain mentera. Ia menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya. Pantun juga adalah akar budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan memperindah perasaan. Ia wujud dalam pelbagai wajah dan rupa bentuk. Boleh dikatakan semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya sendiri mengikut dialek masing-masing.

Penerbitan buku ini sekaligus menggali khazanah sastera lama bangsa Melayu dalam bentuk puisi dan melengkapkan peranan IKSEP sebagai badan penyelidikan. Mudah mudahan penerbitan ini akan memberi manfaat yang besar kepada para pelajar, para sarjana, masyarakat umum dan bangsa Melayu seluruhnya. Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terpanggil untuk membantu menghasilkan ciptaan baru ke arah sejuta pantun.

Weight 2300 g
Dimensions 25.5 × 20.4 × 4.9 cm