Nuansa Nusantara – Art and Liberation

, , ,

Raja Ahmad Aminullah
2012. ITBM.
Hardcover, 17.4 cm x 25 cm, 165 Pages.
Illustrated.
ISBN: 9789830689036

RM130.00

Browse Wishlist

Nuansa Nusantara Art and Liberation ini ibarat satu aspirasi meraikan seni sebagai bahasa atau medium terjemahan interaksi komunikasi antara manusia. Ia memperlihatkan bagaimana bahasa sebenarnya wujud dalam pelbagai bentuk, tidak hanya dalam tulisan dan pertuturan, sebaliknya juga menerusi garisan, palitan serta warna yang digarap menggunakan pelbagai bahan – juga di atas pelbagai bahan. Ia menjelaskan bagaimana indah serta universalnya sifat seni, terutama bila ciri artistiknya diolah untuk mengungkap serta meluahkan kejadian sebenar yang diperangkap perasaan, penghayatan, pengalaman dan gambaran. Justeru itualah, seni rupa atau lukisan sewajarnya turut diapresiasikan sebagai bahasa, kerana ia secara simboliknya turut bercerita dan pada masa sama menuntut kita menterjemah serta memberi interpretasi kepada maksud sebenar yang terkandung di dalamnya atau tersimpan mahupun tersirat di sebaliknya.

Menerusi naskhah ini, pembaca akan dibawa menyusuri pengalaman beberapa seniman yang menyumbang khazanah penting kepada sisi tamadun budaya negara. Dipecahkan kepada esei, sajak dan keseniman mereka menerusi dakwat, kertas, kanvas serta warna, manakala sajak putisnya akan membuai pembaca kepada romantik yang sayu dan menginsafkan.

Weight 870 g
Dimensions 17.4 × 25 × 2.4 cm