Ihsan, merupakan salah satu tiang agama, sesudah Islam dan Iman, merupakan fokus utama dalam kajian tasawuf hakiki, bagaimana seseorang itu bisa menghadirkan hatinya dalam amalan ‘perkenalan’; mushahadah (mengabdi kepada Allah seakan melihatNya) dan muraqabah (mewaspadaiNya kerana tahu bahawa Dia sedang melihat).
Kitab ini merupakan ulasan kritis Imam al-Suyuti tentang perihal Ihsan ini, melalui sudut pandang hadis “Man ‘Arafa Nafsahu Faqad ‘Arafa Rabbahu,” bagaimana realisasi mengenal diri–mengenal Tuhan ini boleh terlaksana dan dihayati setiap muslim.