Masyarakat Orang Asli – Impak Program Penempatan Semula

,

Devamany S. Krishnasamy & Asan Ali Golam Hassan
2017 (Reprint). UUM.
Softcover, 22.8 cm x 15.2 cm, 231 Pages
Illustrated
ISBN: 9789670876719

RM50.00

Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA). Walau bagaimanapun, sehingga kini, masyarakat Orang Asli masih kekal sebagai satu kelompok kecil golongan minoriti yang terpinggir daripada teras pembangunan nasional. Mereka masih digolongkan sebagai “the most marginalized sector of society”.

Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli adalah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK). RPS melibatkan perpindahan masyarakat Orang Asli yang jauh berselerak ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi untuk pertanian komersial. PPK pula tidak melibatkan perpindahan penduduk, tetapi kawasan penempatan mereka disusun semula dari segi kemudahan rumah dan komponen infrasosial yang lain.

Buku ini membincangkan impak program penempatan semula ke atas petunjuk sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan RPS dan PPK. Hasil penulisan buku ini berdasarkan kajian etnografi dan temu bual dengan 1, 235 keluarga yang melibatkan 69 buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

Weight 500 g
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.5 cm