Lenggong merupakan destinasi pelancongan warisan arkeologi prasejarah yang wajar dilawati. Hal ini disebabkan Lenggong menyimpan khazanah prasejarah yang paling panjang dan signifikan kepada budaya ilmu. Lenggong merupakan satu- satunya lokasi di dunia yang dihuni berterusan sejak 1. 83 juta tahun dahalu dari semasa ke semasa sehingga kini. Pelbagai tapak dan artifak telah ditemui hasil kerja- kerja ekskavasi di Lembah Lenggong sehingga diiktiraf oleh UNESCO. Untuk memastikan kesinambungan sebuah tradisi ilmu yang bertapak sekian lama di Lembah Lenggong, maka STRC, khususnya “Group 2” telah membuat penelitian dari pelbagai aspek tentang Lenggong. Dengan ini terhasillah buku Lembah Lenggong dari Pelbagai Perspektiyang menghimpunkan sebanyak 13 bab yang membincangkan kekayaan khazanah Lenggong daripada berbagai- bagai disiplin ilmu. Natijahnya akan membuka mata khalayak untuk mengenali Lenggong sebagai lembah yang menyimpan khazanah purba yang berharga, seiring dengan potensinya sebagai sebuah lokasi pelancongan yang menarik.\
Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin
Pengarah
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global