Imām Aḥmad bin Ḥanbal raḥimahullāh telah menyebutkan bahawa hakikat Tawakal itu ialah; memutuskan sebarang pencarian untuk bantuan makhluk.
Kitab ini merupakan sebuah kitab agung karangan al-Qāḍī Abū Ya‘lā al-Farrā’, yang menghimpunkan faedah yang pelbagai berkenaan Tawakal, diselingkan dengan hadis nabawi, athar para sahabat dan orang soleh, serta pendapat yang khas bagi Abū Ya‘lā sendiri, berdasarkan pengalamannya dan pengamatannya akan athar dan hadis nabawi yang dinukilkannya dalam karangannya ini. Begitu juga, beliau mengulas dengan baik kitab Qūt al-Qulūb karangan Abū Ṭālib al-Makkī dalam karyanya ini.