Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan , ,

Baharin Ilias
2016. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Hardcover, 23.5 cm x 16 cm, 174 pages
ISBN 9789832391265

RM35.00

Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan merakamkan rencam adat resam masyarakat Melayu tradisional negeri Kelantan. Dalam buku ini dijelaskan bagaimana masyarakat Melayu tradisional menerima, mempelajari dan menghayati sikap dan kelakuan, nilai dan norma yang diterima dari satu generasi kc satu generasi yang lain, sebelum merealisasikannya dalam bentuk adat yang mencerrninkan warisan clan budaya masyarakatnya.

Buku ini mengandungi sejumlah adat resam utama dalam “kitaran hidup” seorang manusia, berawal dengan adat kelahiran (malah sejak dalam kandungan lagi), diikuti adat-adat seperti bertahnik (belah mulut), aqiqah, berkhitan, khatam al-Quran, perkahwinan dan berakhir dengan kematian. Walaupun di sana masih terdapat beberapa adat kecil-kecilan yang lain, seperti adat menaiki rumah baharu, adat bersawah (biasanya sebelum turun kc bendang), adat bepergian jauh (biasanya sebelum turun untuk menunaikan ibadat haji) dan lain-lain, namun fokus buku ini adalah terbatas kepada adat-adat utama sebagaimana yang digariskan di atas.

Walaupun hanya “beberapa aspek” – tidak menyeluruh atau rinci – namun penerbitan buku ini diharapkan dapat sedikit sebanyak mengungkapkan beberapa aspek adat resam Melayu yang pernah atau masih diamalkan dalam masyarakat awam negeri Kelantan.

Weight 500 g
Dimensions 23.5 × 16 × 1.5 cm