Dunia Seni Bina: Sekilas fakta

,

DUNIA SENI BINA: SEKILAS FAKTA/ Mohd. tajuddin
Mohd. Rasdi
Mengandungi indeks
Bibliografi: hlmn. 117
ISBN 9789834615833
1. Architecture. I. Judul.
720

RM55.00

Buku Dunia Seni Bina>: Sekilas Fakta ini memberikan pendidikan secara santai tentang pelbagai jenis bangunan dan gaya rupa seni bina di Malaysia dan di dunia. Buku ini sekadar membuka lembaran awal tentang selok- belok isi kandung kesenian dalam “seni bina” apabila aspek budaya, politik, idea, teknologi dan alam persekitaran mempengaruhi reka bentuk bangunan. Orang awam kebanyakannya beranggapan bahawa seni bina hanya satu tempat berlindung atau sebuah hasil kerja seni yang indah. Namun demikian, sebuah bangunan yang baik dapat mempengaruhi corak kehidupan manusia manakala bangunan yang tidak sempurna reka bentuknya boleh memusnahkan hubungan budaya dan nilai masyarakat.

Profesor Dr. Mohd. Tajuddin bin Mohd. Rasdi merupakan seorang pensyarah dari UCSI University, Kampus Kuala Lumpur. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari University of Winconsin, Milwaukee pada tahun 1984 dan 1986 manakala Ijazah Doktor Falsafah dari University of Edinburgh. Prof. Dr. Mohd. Tajuddin telah menghasilkan 36 buah buku berkaitan seni bina dan telah menyumbang beratus- ratus entri ensiklopedia dalam bahasa Melayu. Beliau juga banyak menyumbang artikel dalam media perdana seperti The Star dan Utusan Malaysia. Beliau pernah menjadi kolumnis “Architecture Inside Out” dalam The Star dan juga kolumnis “Arkitek Menulis” dalam Utusan malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam bidang falsafah Seni Bina Islam, Falsafah Seni Bina Moden, Falsafah Seni Bina Malaysian dan Perumahan.

Weight 500 g
Dimensions 19.5 × 26.5 × 1.0 cm

You may also like…