Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia

, ,

Zabidin Haji Ismail
2013. Persatuan Karyawan Perak
Softcover, 22.2cm x 15.6cm, 195 pages
100+ black and white photographs
ISBN 9789675887025

RM35.00

Etnik Rao (Rawa) merupakan salah satu suku Melayu yang telah banyak menyumbangkan jasa dan kepakaran mereka kepada tamadun negara. Etnik ini mula berhijrah dari Sumatera Barat, Indonesia ke negara ini semenjak kurun ke-5 Masihi Kerana merantau dan berdagang. Justeru penulisan buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia merakamkan biografi ringkas yang meliputi ketokohan, sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh 33 personaliti etnik ini dalam mengangkat tamadun sebuah negara bangsa. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah dokumentasi penting kepada pengkaji yang ingin mengenali lebih dekat terhadap peranan dan sumbangan etnik Rao di Malaysia.

Tentang Pengarang

Zabidin Haji Ismail anak Rao kelahiran Batu Masjid, Temph, Perak berkelulusan M.A (University Malaya) adalah seorang pengkaji etnik Melayu Rao yang pernah menangani kelahiran buku-buku berkaitan masyarakat tersebut seperti Rao di Sana Sini (2009), Sekondakhati (2009) dan Puisi Rao Nusantara (2009) yang acapkali juga menggunakan nama pena ‘Jari Basurek’ untuk penulisan berkaitan orang Rao.

For further reading, please see our newsletter.

Ulasan Editorial

Biografi Tokoh Rao merupakan biografi pertama tentang personaliti-personaliti Rao atau Rawa seperti mana dikenali di Malaysia, dari dulu dan sekarang. Walaupun bahagian biografi-biografi kurang lengkap matlumat, buku ini merupakan satu loncatan batu yang boleh diguna untuk pembinaan pengetahuan lanjutan.  http://arecabooks.com/review-of-biografi-tokoh-rao/

Kandungan

Sekalung Penghargaan
Prolog
1: Abdullah Nordin Arrawi: Perintis Penerbitan dan Percetakan Kitab Agama
2: Abdul Hamid Ahmad Melaka Arrawi: Guru Agama dan Pengarang Kitab Kuning
3: Abdul Wahap Majid: Pengasas BERNAMA
4: Ahmad Melaka Arrawi: Guru Pelawat Sekolah Melayu Perak
5: Ahmad Razali Mohd. Ali: Mantan Menteri Besar Selangor
6: Ahmad Sarji Abdul Hamid: Tokoh Melayu Terbilang
7: Baharuddin Kahar: Novelis Tanah Air
8: Buyong Abdullah: Jurutera Elektrik Melayu Pertama
9: Buyung Adil: Sejarawan Negara
10: Dahari Ali: Pejuang Malindo
11: Husamuddin Yaakob: Pemilik Akhbar Terlaris di Malaysia
12: Imam Ishak Muhamad Arif: Khadam Tareqat Naqsyabandiah Khalidiah dan Perintis Teromba Rao
13: Ismail Mohamed Ali: Tokoh Pembangunan Ekonomi Bumiputera
14: Kemala: Sasterawan Negara Ke-11
15: King Ghaz: Negarawan Ulung
16: Mansor Wan Abdullah: Presiden Avon Empat Negara
17: Mat Kilau: Pahlawan Pahang
18: Mohamed Bin Hamzah: dari Pentadbir ke Ahli Korporat
19: Mohamed Khalil Hj. Hussein: Pengasas JARO 97
20: Mohamed Roselan Johar: Wira Perang Dunia Kedua
21: Mohd. Harith Hj. Zainal Abidin: Pengadil Bola Sepak dan Motivator Pertanian
22: Muhammad Shalih Rawa: Pengulas Hadis dan Fekah
23: Muhammed Hashim Mohd. Ali: Mantan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
24: Mustapha Raja Kamala: Pembuka Tanjong Malim
25: Pawang Ana: Tokoh Penglipur Lara Negara
26: Rafida Aziz: Tokoh Politik Wanita
28: Sallehuddin Mohamed: Mantan Ketua Setiausaha Negara
29: Siti Hasmah Mohd. Ali: Doktor Wanita Melayu Terulung
30: Tahir Lebai Tenggam: Ketua Kampung Separuh Abad
31: Tok Tua Sakti: Pembuka Tapah
32: Yusof Rawa: Pejuang Islam dan Ulama
33: Zainal Abidin Nordin: dari Pentadbir ke Penggerak Masyarakat
Singkatan dan Akronim
Bibliografi
Lampiran

Weight 450 g
Dimensions 22.2 × 15.6 × 1.3 cm