Buku Analisis Semantik Kognitif Kata Serapan Arab-Melayu membincangkan kaedah memahami peluasan makna leksikal kata serapan Arab-Melayu dalam korpus klasik dan moden melalui Pendekatan Semantik Kognitif. Berdasarkan pengkonsepsian leksikal wakaf, alim dan alam, pemahaman peluasan makna kata serapan kata Arab ke dalam bahasa Melayu secara filologi dideskripsikan secara tuntas dan berpada bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan aspek motivasi dan hubungan kognitif yang terlibat,
Buku ini bukan sahaja mendedahkan penyelidikan makna secara ilmiah dan mendalam, bahkan menjadi bahan terpilih dari sudut perbincangan sinkronik dan diakronik.