buat Debby, teman perjalanan hidup saya
Setelah hampir dua dekad merantau di luar negara, Kenny Loh kembali ke Malaysia pada tahun 2010. Beliau mendapati banyak yang telah berubah. Segalanya berbeza dan baru padanya. Berbekalkan kamera dan buku nota, beliau memulakan kembara untuk mendekatkan diri pada tanah kelahirannya.
Anak Malaysia lahir daripada pengembaraannya selama tiga tahun.
Buku ini mengetengahkan perubahan yang sedang melanda Malaysia. Banyak hasil kraftangan dan perniagaan tradisi yang dahulunya menerajui ekonomi masyarakat tempatan kini semakin menghilang. Ia turut memberi penghormatan kepada individu daripada semua peringkat masyarakat yang telah memainkan peranan dalam membangunkan negara ini.
Anak Malaysia turut mengabadikan mereka yang lahir selepas Kemerdekaan. Kisah mereka merupakan pandangan penting kepada kisah-kisah generasi tua rakyat Malaysia kerana ia memperlihatkan pandangan kepada masa depan.
Dalam Prakatanya, Kenny berkata walaupun ramai orang yang telah ditemubual olehnya dan diambil gambar, tidak semua dipaparkan dalam buku ini. Namun begitu, mereka meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Katanya, “Seperti juga saya, mereka semua lahir di Malaysia dan merekalah penjaga warisan kita.”
Buku ini adalah penghargaan buat mereka dan semua rakyat Malaysia, baik yang lahir di negara ini mahupun yang menjiwai semangatnya.
Sekembalinya ke Malaysia pada 2010, selepas 20 tahun sebelumnya tinggal di luar negara adalah sesuatu yang menjanggalkan. Segalanya kelihatan berbeza dan baru. Kunjungan ke tempat-tempat yang saya kenali sewaktu kecil menimbulkan pelbagai persoalan seperti adakah saya masih dapat mengenalinya? Adakah ia seperti yang saya ingat?
Masih wujudkah tempatnya?
“Buku ini mengabadikan perubahan tersebut, dan membolehkan kita mengimbau kehidupan harian yang pernah kita lalui suatu ketika dulu, namun kini semakin dilupakan. Hasrat Kenny untuk mendokumenkan saki-baki perusahaan tradisional yang mungkin hilang tidak lama lagi serta kehidupan harian rakyat Malaysia.”
Dato’ Hamdan Abdul Majeed
Think City Sdn Bhd
Tentang Penulis
Kenny Loh ialah seorang jurugambar yang menghabiskan dua puluh tahun menetap di luar negara sebelum memulakan perjalanan selama tiga tahun mengelilingi Malaysia. Sepanjang pengembaraannya, beliau merakam kehidupan seharian rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan menemukan semula rasa penghargaan yang mendalam terhadap tanah airnya.















