Akhlak dan Tasawuf dalam Islam

, ,

Muhammad Uthman El- Muhammady Zakaria Stapa

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

ISBN9789832391395

RM28.00

Pemupukan akhlak Islamiyah dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dalam semua zaman, oleh kerana kebenaran-kebenaran didalamnya adalah berdasar kepada hakikat- hakikat tentang manusia yang tidak pernah berubah, baik hakikat-hakikat itu adalah mengenai dirinya sebagaimana yang dihurai dalam psikologi rohaniyyah, maupun tentang sifat-sifat utamanya ataupun sifat-sifat yang bertentangan dengannya. Dalam menghadapi kekaburan-kekaburan tentang hakikat manusia dalam ajaran falsafah moden yang nisbi, maka Islam menawarkan ajarannya tentang manusia dengan sifat-sifatnya (yang mutlak). Melalui ajaran inilah manusia menemui wajah dirinya yang sebenar yang dapat menyelamatkan kehidupannya. Ringkasnya, ajaran Islam tentang akhlak adalah penyelamat yang jelas bagi manusia yang berada dalam kehidupan moden yang memberi pengajaran yang palsu tentang manusia, baik mengenai sifat-sifat utama atau kesempurnaannya maupun sifat-sifat yang bertentangan dengannya.

Manakala Tasawwuf pula adalah suatu jenis ilmu yang dengannya boleh dicapai hidup rohaniyyah yang berjaya, ataupun boleh dikatakan, bahawasnya dengan mengamalkan ilmu ini, maka hati menjadi “hidup”, dengan ilmu ini maka boleh diketahui bagaimana hendak memperbaiki hati, rohani, juga gerak geri anggota lainnya; apa yang diperintah oleh Allah dilaksanakan dan apa yang dilarang olehNya dijauhi, manakala apa yang dihalalkan diambil (tetapi) sekadar yang diperlukan sahaja. Dengan mengamalkan ilmu ini maka tercapailah perbaikan hati dan anggota badan, serta kesempurnaan akhlak dalam hidup di dunia, dan- dengan izin dan rahmat Allah- kebahagiaan dalam alam abadi.

Weight 300 g
Dimensions 23 × 15.5 × 1.0 cm

You may also like…