Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah: Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan

Rosnaaini Hamid
2015. UUM Press.
Softcover, 23 cm x 15.5 cm, 170 pages
Illustrated.
ISBN: 9789670474953

RM43.00

Browse Wishlist

Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus.

Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan. Penilaian terhadap adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu. Setiap adab tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari kesahihan hukum pada pandangan syarak. Konsep-konsep yang diutarakan boleh dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf secara bersama.

Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat dan sejarah perkembangan ajaran tarekat tersebut dan tasawuf secara umum.

Weight 300 g
Dimensions 23 × 15.5 × 1.0 cm

You may also like…