Wacana Tentang Kaedah Bagaimana Berfikir dengan Baik dan Tentang Mencari Kebenaran dalm Ilmu-ilmu

, ,

René Descartes
Translated from Discourse on the Method – René Descartes
Translated by Khalid Jaafar

2017. IBDE.
Softcover, 17.0cm x 12.2cm, 130 pages
ISBN 9789672117025

RM25.00

Buku ini membuka lembaran baru dalam falsafah. Dalam sejarah falsafah, René Descartes dikira sebagai pemula kepada falsafah moden. Discours de la méthode pour bein conduire sa raison et chercher la verité dans les sciences (Wacana Tentang Kaedah Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu) paling mewakili semangat falsafah moden yang dibawa oleh Descartes.

Descartes dikenali dengan slogan cogito ergo sum, tetapi di dalam buku ini ungkapan itu disebut dalam bahasa ibunda beliau: je pense donc je suis, saya berfikir, maka saya wujud. Descartes mencari kenyakinan setelah ragu terhadap segala ilmu bahkan kewujudan dirinya sendiri.

Filasuf ini turut memecah tradisi dengan menulis buku ini dalam bahasa ibundanya, bahasa Perancis, bukan bahasa masyarakat terpelajar, iaitu bahasa Latin. Beliau secara sedar ingin buku ini dibaca dengan meluas oleh bangsa beliau. Maka beliau memulakan trend gerakan bahasa-bahasa ibunda sebagai wahana Pencerahan dan bahsa pengucapan intelektual.

Weight 150 g
Dimensions 17 × 12.2 × 0.7 cm