Kepahlawanan Mat Kilau membela agama, bangsa dan tanah air merupakan sejarah yang tidak dapat dinafikan. Di sebalik keberanian dan perjuangan menentang penjajahan, turut menjadi tumpuan ialah tiga manuskrip jawi tulisan tangan miliknya yang memuatkan segala ilmu hulubalang dan kebatinan Melayu berdasarkan tradisidi ilmu hikmah din teks-teks suci al-Qur’an.
Melihat kepada ketinggian ilmu dan kekayaan bahasa dari manuskrip tersebut, Utusan Melayu (M) Berhad telah menerbitkan versi baharu kitab ini dengan judul Kitab Mat Kilau dalam tulisan jawi pada Ogos 1970. Ia merupakan kompilasi keilmuan terpilih daripada tiga manuskrip asal yang disimpan oleh Ustaz Wan Alam Bin Wan Hassan.
Buku ini julung kalinya mendedahkan kepada pembaca biografi lengkap Ustaz Wan Alam Bin Wan Hassan. Ia turut memuatkan sejarah perjalanan panjang manuskrip asal yang diwariskan dari tokoh-tokoh terkemuka ketika itu, penerbitan Kitab Mat Kilau, sejarah Pertubuhan Seni Silat Mat Kilau, latar belakang salasilah para guru dan murid, dokumen-dokumen penting, lampiran gambar, lampiran manuskrip asal terpilih dan banyak lagi.