Tun Perak Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa

,

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusoff Hashim
2008. IKSEP.
Softcover, 21.4 cm x 15.2 cm, 32 Pages
Illustrated
ISBN: 9839915509

RM5.50

Syahadan Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana, pada zaman itu, tiga buah negeri yang sama besarnya : pertama Majapahit : kedua, Pasai : ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana…” .

Demikianlah yang dirawikan oleh buku Sejarah Melayu peri kehebatan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Pada masanyalah Melaka mencapai puncak gemilang dan meniti zaman keemasan. Melaka juga dikenal sebagai emporium perdagangan yang tiada tolak bandingnya di kaca mata orang asing dari sebelah Timur dan Barat. Di situlah juga nilai-nilai intelektual dan agama Islam memancarkan sinar dan nurnya, sehingga menerangi buana mental dan membuka dengan luasnya hijab dan persada pemikiran manusiawi yang sebelum itu dibungkam oleh kegelapan dan kesamaran.

Melaka abad ke-15 dan 16 mengukir dan memahat sejarah tanahair dan serantau. Masa kini adalah kesinambungan zaman silam Melaka. Tun Peraklah yang menjadi arkitek pengukir dan pemahat sejarah serta ketamadunan ini. Walaupun jasad dan jasmaniah Tun Perak telah tiada, tetapi semangat, misi, daya juang, ketrampilan, intelek dan ketarbiyyahan Tun Perak tetap segar dan harus dihayati, menjadi warisan bangsa dan kesinambungan madani.

Weight 200 g
Dimensions 21.4 × 15.2 × 0.2 cm

You may also like…