Tuhan, Manusia dan Alam di Dalam Al-Qur’an

, ,

Ahmad Sahidah Rahem
2014, USM Press
Softcover, 24 cm x 16.5 cm, 138 pages
ISBN: 9789838617277

 

RM33.00

Buku ini membincangkan hubungan antara Tuhan, manusia dan alam di dalam al-Qur’an. Perbincangan ini dikhususkan kepada idea Toshihiko Izutsu, seorang sarjana Asia bukan Islam dari Jepun yang terkemuka dalam bidang kajian Islam yang menyatakan bahawa analisis semantik dapat digunakan untuk mengkaji al-Qur’an berkenaan isu tersebut. Mengikut pandangan Izutsu, perbezaan pendekatannya terletak terutama pada kaedah analitik yang beliau terapkan pada adata al-Qur’an dengan tujuan untuk membiarkan al-Qur’an mentafsirkan konsepnya sendiri dan berbicara untuk dirinya sendiri. Melalui kajiannya juga, sarjana jepun ini berkeyakinan bahawa al-Qur’an itu berasal daripada Allah s.w.t dan bukan buatan Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, satu-satunya buku dalam bahasa Melayu yang membincangkan pemikiran Toshihiko Izutsu berkenaan Tuhan, manusia dan alam di dalam al-Qur’an ini adalah rujukan wajib untuk pelajar universiti dan pengkaji dalam bidang ini.

Weight 1000 g
Dimensions 24 × 16.5 × 0.5 cm

You may also like…