Temasya Tinta mula-mula diterbitkan pada 1967 dan mengandungi 11 cerpen mengenai dunia kewartawanan (sebelum perkataan ‘media’ digunakan).
A. Samad Ismail (lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad) sangat sinonim dengan akhbar, dan buku ini hanya dapat dihasilkan oleh seorang yang bergelut dengan berita. Kita sendiri dapat menghidu dakwat dan rokok, mendengar ketikan typewriter dan gegaran mesin cetak, dan merasakan peluh di tubuh pemberita yang berhempas-pulas di lapangan dan di ruang ofis yang sempit. Tak termasuk berdepan dengan editor garang, politikus beragenda dan persaingan daripada syarikat lain.
Sisi nakalnya: Ada wartawan yang bukan sahaja mengejar deadline tetapi mengejar perempuan, wiski dan bir. Sama ada sisi ini benar atau sekadar rekaan: Wallahu-alam!