Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung

, , ,
Abdur-Razzaq Lubis
2021. Areca Books
Kulit keras, 24.8 cm x 20 cm
304 halaman, 186 illustrasi
ISBN: 9789675719424

RM110.00

Kerawanan Perang Padri (1803–1845) yang meluluh-lantakkan dataran tinggi Pulau Perca membangkitkan eksodus anak bangsa Sumatra yang mencita suaka di ‘tanah seberang’. Pengungsi-pengungsi ini terjerumus dalam rentetan perang saudara di Tanah Semenanjung selama tiga dasawarsa, mulai dari Perang Rawa di Sungai Ujong, Perang Pahang, Perang Kelang sampai ke Perang Perak, yang sudahnya mengantar Pax Britannica.

Wacana ini mengungkapkan kepeloporan dan perjuangan ‘keluarga besar’ Mandailing yang diterajui oleh petinggi mereka Tuanku Raja Asal, bersama-sama sekutu mereka kaum Angkola, Padang Bolak (Padang Lawas), Sipirok, Rawa (Rao) dan Talu, dalam upaya perdagangan, perkelianan emas dan timah, serta pertanian.

Kesatria seangkatan termasuk pelopor Kuala Lumpur, Ampang, Bunus (Kampung Baru), Gombak, Gonggang (Setapak), dan Kajang di Selangor, serta Gopeng, Kampar dan Pusing di Perak, merangkumi zaman pra-British sehingga sempurnanya cengkaman kuasa kolonial itu dalam F.M.S. (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).

Tarikh yang dirakam oleh Raja H.M. Yacob pada 1934 memaparkan riwayat hidup Raja Asal, Raja Bilah, Raja Yacob dan Raja Shahabuddin – tiga generasi pengetua Mandailing yang berpaksi di Lembah Kinta, Perak. Seraya merincikan hubungan halak Mandailing dengan kesultanan dan pembesar Melayu serta Bugis, anak dagang sentri, Cina Hakka, wong Jawa mahupun pihak penjajah British.

 

 

DAFTAR ISI

Senarai Ilustrasi
Sekapur Sireh

1 • Pengantar Tarikh oleh Abdur-Razzaq Lubis
Gerangan Halak Mandailing
Menganut Agama Islam dan Pelarian Perang
Petualangan Orang-Orang Mandailing
Namora-Natoras, Holong Dohot Domu
Raja Yacob Menggelapkan
Perang Pahang 1857–1863
Perang Kelang (Perang Selangor) 1867–1873
Zaman Tidak Keruan, Entah-Berentah
Perang Perak 1875
Kebangkitan Lambor 1883
Pemberontakan Dato’ Bahaman 1892
Mamungka Huta
Kelian Mandailing
Kaedah-kaedah Perkelianan Mandailing
Kekiprahan Ekonomi Perantau Mandailing
Jati Diri Mandailing
Kes Tanah Wakaf Perkuburan Islam di Sungai Mati, Medan, 1922
Mandailing Diperkotak-katikkan
Kaum Angkola dalam Batang Tubuh Mandailing
Masyarakat Peralihan
Sejarah Sosial
Pencapaian Keluarga

2 • Raja H.M. Yacob, Pengarang ‘Tarikh Raja Asal dan Keluarganya’
oleh Abdur-Razzaq Lubis 71
Masa Kecilnya
Rusuhan Papan 1887
Pendidikannya 1886–1890
Raja Yacob Naik Haji 1890–1893
Perkahwinannya 1894
Kegiatan Persuratkhabarannya 1893–1904
Pekerjaannya Sebagai Penghulu 1909–1932
Raja Yacob Pulang Ke Mandailing 1917
Raja Yacob, Fotografer Pribumi
Penulis-Penulis Berbangsa Mandailing
Perkahwinan Isma’il, Kemenakan Raja Yacob dari Sumatra
Penghargaan Atas Jasanya 1920 dan Persaraannya 1934
Dasar ‘Pro-Malay’ 1930-an Melatari Karya Tarikh Keluarga
Raja Yacob Dalam Kenangan

3 • ‘Tarikh Raja Asal dan Keluarganya’ oleh Raja H.M. Yacob
Berusaha Kelian dan Berkebun
Hal Qadi Kinta dan Masjid Papan
Hal Pergaduhan Negeri Pahang
Kisah Kelian-Kelian yang terbuka masa ia jadi Penghulu
Ringkasan Cerita
Tersebutlah Kisah Orang-Orang Mandailing Yang Pergi ke Selama (Perak)
Raja Haji Abdul Rahman
Tarikh Haji Muhammad Yacob bin Raja Bilah
Copy Mesyuarat Penghulu-Penghulu
Peringatan
Pemberitahuan

Lampiran
Lampiran 1: Galeri Warisan
Lampiran 2: Sebutan dan Tarombo Mandailing
Lampiran 3: Pesan Raja Asal pada Keturunannya
Lampiran 4: Daftar Nama Tempat

Daftar Pustaka
Indeks
Sumbangsih

DAFTAR NAMA TEMPAT

Ampang ● Bunus ● Gombak ● Gonggang ● Kajang ● Kuala Lumpur ● Raub ● Sungai Ujong
Ulu Bernam ● Ulu Langat ● Ulu Yam

PERAK
Bandar Bahru ● Batu Gajah ● Bidor ● Blanja ● Changkat Piatu ● Chemor ● Chikus ● Durian Sebatang
Gopeng ● Ipoh ● Kampar ● Kamunting ● Kinta ● Kota Bharu ● Lambor ● Pangkalan Kacha
Pangkalan Pegoh ● Papan ● Perlok ● Pusing ● Selama ● Siputeh ● Sitiawan ● Slim ● Sungai Raya
Sungkai ● Taiping ● Tanjong Tualang ● Tapah ● Telok Intan ● Trolak ● Tronoh

Tentang penulis

Abdur-Razzaq Lubis, yang juga dikenali dengan nama Mandailingnya, Namora Sende Loebis, adalah seorang sarjana bebas, pengarang dan penerbit dengan Areca Books bertempat di Pulau Pinang. Pak Lubis telah membuat kajian, semakan dan penyelidikan lapangan dan akademik tentang diaspora anak bangsa Sumatra dari tanah leluhur mereka ke Tanah Semenanjung selama dua dasawarsa dan sepanjang itu juga, beliau menggarap serta menulis tentang pelbagai sisi termasuk jati diri mereka. Saat ini Pak Lubis sedang bertungkus lumus untuk menerbitkan beberapa gubahan/karangan tentang cerita rakyat, sistem kepemimpinan dan pemerintahan Mandailing sekalian tentang muzik, sejarah sosial dan lingkungannya baik karyanya sendiri mahupun oleh penulis-penulis lain, di samping tentang Uhang Kincai (Orang Kerinci) khususnya tentang tokoh Abdullah Hukum, seorang pelopor Kuala Lumpur.

 

Weight 1500 g
Dimensions 24.8 × 20 cm

You may also like…