Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia

, ,

Arba’iyah Mohd Noor
2018. University of Malaya Press
Softcover. 22.5cm x 14.9cm, 470 pages
ISBN 9789831009710

RM78.00

Hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan tradisi yang telah lama diasaskan atas nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa atau leluhur yang sama. Malah, kedua-dua negara yang merupakan sumbu Dunia Melayu pada suatu ketika dahulu mempunyai persamaan dari sudut adat, agama, bahasa, cara hidup dan budaya yang pernah dikongsi bersama. Namun sejak akhir-akhir ini, hubungan antara Malaysia dan Indonesia sering kali mengalami pasang surut dalam menghadapi cabaran pelbagai peringkat. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman dan pendedahan terhadap sejarah hubungan serumpun yang pernah dibina bersama. Oleh itu, buku ini dihasilkan dalam usaha untuk membincang dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pelbagai aspek seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya dari dahulu hingga ke hari ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan semula semangat keserumpunan yang pernah dibina suatu ketika dahulu.

Buku Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia yang mengandungi 20 bab ini menyentuh tentang beberapa aspekkeserumpunan antara Malaysia-Indonesia. Buku ini disusun berdasarkan tematik-kronologi yang meliputi asal usul terbinanya hubungan awal antara kerajaan-kerajaan Melayu, aspek politik, ekonomi, agama dan sosial termasuk isu kontemporari yang boleh dijadikan panduan kepada para pembaca hari ini. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kedua-dua buah negara seterusnya memperkayakan lagi tradisi keilmuan di Malaysia dan Indonesia.

Weight 750 g
Dimensions 22.5 × 14.9 × 2.5 cm

You may also like…