Suami Isteri Naik Haji: Kembara Raja Shahabuddin dan Rahmah 1939–1940
Raja Shahabuddin dan isterinya Rahmah naik haji dari Malaya pada 1939–1940. ‘Peperangan Besar Eropah’ baru sahaja meledak di dunia atas angin sembari ‘U-boats’ (kapal selam Jerman) menjadi jerung yang bermaharajalela di lautan lepas. Pasangan suami isteri tersebut bertarung nyawa meredah samudera dan sekujur tanah gurun untuk mencukupkan rukun Islam yang kelima, biarpun syarak mengizinkan keuzuran mengambil kira laluan yang tidak aman dan membahayakan jiwa raga.
Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah (1884–1968) menjadi saksi mata kebrengsekan nasionalisme Arab, kewujudan ‘pasar budak’memperdagangkan gadis perawan dan kanak-kanak di Mekah, serta kerakusan puak Wahabbi meranapkan kubah-kubah kaum kerabat Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, di kota-kota kudus umat Islam.
Karya Raja Shahabuddin yang ditinta dalam aksara Jawi dan dicetak pada 1941 sebelum pendudukan Nippon (hanya satu naskhah sahaja yang dapat dikesan) merupakan kesinambungan mata rantai dan rekod zaman pengerjaan haji pada abad ke-20, mengisi lompang (lacuna) rihlah dari Tanah Semenanjung ke Tanah Haji Hijaz al-Jazirah Arab. Kisah ini adalah satu-satunya babad haji yang ‘gender sensitive’, justeru ia menawarkan wacana tentang gerak-geri isterinya Rahmah sepanjang pertualangan mereka.
DAFTAR ISI
Senarai Illustrasi
Tepuk Kuduk
1• Mukadimah
RIHLAH RAJA SHAHABUDDIN
Rihlah Perjalanan Haji
Kesusasteraan Naik Haji dari Malaya
Catatan Raja Shahabuddin dan Rahmah Naik Haji
Riwayat Ringkas Raja Shahabuddin
Isterinya Rahmah
Pengerjaan Raja Haji Shahabuddin dan Rahmah
Tingkah Rahmah
Gelar Haji
Melagu
Raja Shahabuddin, Peminat Setem dan Poskad
PERJALANAN KAPAL HAJI
Kapal Haji Serombong Biru
Palka Kapal Haji
Vaksinasi dan Imunisasi
Majmuknya Jemaah Haji
Munsyi Abdullah: ’…hendak menangis pun tiadalah berair mata’
Kapal Haji Berpatah Balik
Singgah di Pulau Kamaran, Laut Merah
Disemadikan di Laut
PEGAWAI KERAJAAN NAIK HAJI
Kemajuan Pengurusan Haji
Skim Cuti dan Perjalanan Haji Pegawai Negeri
Beban Hidup dan Manasik Haji
GONCANGAN BUDAYA DI TANAH HAJI
‘Tanah Suci’ Wahhabi al-Saud
Haji Di Bawah Naungan Wahhabi
Pintu Soal
Motorbus dan Oto-bus
Bagai Semut Mengerumuni Gula
Wakaf Sutan Puasa
Mekah Pasar Hamba Abdi
PENUTUP
2• Peringatan Tarikh Raja Shahabuddin dan Rahmah Pergi
ke Mekahatul al-Musyarafah Pada Tahun 1358 Hijrah
oleh Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah
Pass for Mecca (Pas Haji untuk Mekah)
Daftar Pustaka
Indeks