Serangga Di Dalam Kepala

,

Roslan Jomel
2014, ITBM
Softcover, 18.5 cm x 13.4 cm, 231 pages
ISBN 9789674301736

RM25.00

Roslan Jomel datang sekali lagi dengan sepuluh cerita aneh yang bakal mengusik imaginasi pembaca. Malam dan siang, manusia bagaikan baru terjaga di tengah-tengahnya. Bermula dengan Serangga di Dalam Kepala sehingga Cinta daripada Barang Buangan, atmosfera hidup berubah serta-merta dalam sedetik. Watak utamanya terperangkap secara misteri di dalam alam yang bersimpangan. Mahu tidak mahu mereka harus menemui pembaca untuk berkongsi masalah dan cerita masing-masing. Ciptaan alam maya ini sesungguhnya suatu keajaiban yang lebih luar biasa mengatasi magis dan kejadian pelik seharian. Sementara manusia itu sendiri memiliki cerita yang tidak terungkai oleh taakulan biasa.