Sejarah Rakyat Malaysia: Khususnya Perkembangan Nasionalisme mengemukakan dengan ringkas sejarah rakyat Malaysia (dulu Malaya) dengan pendekatannya berbeza daripada yang biasa terdapat dalam buku-buku yang boleh dikatakan sebagai Sejarah Rasmi.
Sifatnya lebih popular dan tidak akademik, supaya mudah dibaca oleh khalayak ramai, tidak kira muda ataupun tua. Bidang ini sangat luas dan tidak mungkin ditangani secara meliputi seluruhnya dalam sebuah buku sekecil ini.
Oleh kerana itu penulis menumpu perhatian khususnya kepada satu sudut daripadanya sahaja, iaitu perkembangan nasionalisme atau semangat kebangsaan. Boleh dikatakan perkembangan nasionalisme ini merupakan aspek paling penting dalam sejarah Malaysia, kerana ia melibatkan fasa pembentukan negara-bangsa kita yang membawa banyak perubahan.