Pada tahun 2008 Kerajaan Terengganu dan seluruh rakyat jelata negeri ini ulang tahun ketiga ratus penubuhan institusi Kesultanan Melayu yang sah dan berdaulat. Bukti sahih tentang penubuhan institusi ini ialah Kupang Emas Terengganu, iaitu mata Wang pertama yang d1Terengganu sempena pertabalan Sultan Zainal Abidin Shah I. Kupang Emas tersebut mencatatkan dengan jelas nama ‘Sultan Zainal Abidin Shah’ dan Khalifatu ’l-Mu ’minin 1120 (bersamaan 1708 Masihi). Ini menunjukkan emas itu dicipta khas sempena pertabalan Sultan Zainal Abidin Shah I. Oleh itu, berdasarkan sumber ini, institusi kesultanan Terengganu ditubuhkan pada tahun 1708 Masihi.
Selama tiga abad itu, Sejarah Kesultanan Terengganu wujud secara berterusan diperintah oleh 16 orang sultan dan seorang pemangku sultan (Rajah kesultanan yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin Shah I (1708–1733) itu dilanjutkan oleh Sultan Mansor I (1733–1794), Sultan Zainal Abidin (1794–1808), Sultan Ahmad I (1808–1830), Sultan Abdul Rahman (Julai 1–Januari 1831), Sultan Daud (1 Januari–31 Januari 1831), Sultan Mansor II (1831–1836), Sultan Muhammad I (1836–1839), Baginda Sultan (Februari 1831/1839–1876), Sultan Ahmad II (1876–1881), Sultan Zainal III (1881–1918), Sultan Muhammad II (1918–1920), Sultan Sulaiman Alam Shah (1920–1942), Pemangku Sultan Tengku Ali (1942–1945), Ismail Nasiruddin Shah (1945–1979), Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah (1979–1998) dan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin (1998–sekarang). Kesemua sultan ini dinobat oleh lembaga perajaan yang kewibawaan untuk melakukannya dengan protokol adat-istiadat yang sah.
Daripada buku ini juga, kita dapat menyingkap institusi Kesultanan Terengganu sebagai penggerak utama yang membawa negeri ini melalui tahap perkembangan sendiri terutama dalam bidang pentadbiran, ekonomi, keagamaan serta seni budaya sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Pelbagai sumber membuktikan bahawa sejak zaman pengasasannya pada awal abad ke-18 lagi, negeri ini sudah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, mencipta dan menggunakan mata wang dan sistem timbangan, menjalankan perdagangan, serta melakukan aktiviti pertukangan seni kratangan dan perindustrian pembinaan kapal sehingga diberi jolokan oleh pengunjung Barat sebagai ‘Birmingham of the Peninsula’.
Beta juga turut merasa bangga menyusuri peranan Kesultanan Terengganu sebagai sebuah institusi pemerintahan yang menjadi tonggak perjuangan mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan tanah air, penyubur syiar Islam, pendorong kemajuan intelektual dan pemodenan, penjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat jelata serta penaung budaya dan warisan. Berkat kebijaksanaan Sultannya, negeri Terengganu tercatat dalam lembaran sejarah tanah air sebagai negeri paling akhir dijajah oleh Inggeris iaitu pada tahun 1919 dan berjaya meminimumkan atau mengurangkan kesan buruk penguasaan penjajah. Beta percaya ketegasan pendirian Sultan Terengganu itu menjadi inspirasi bagi gerakan nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan tanah air kita. ― Sultan Mizan Zainal Abidin