Falsafah pada hakikatnya adalah satu aktiviti: satu jalan berfikir yang menuntut kejernihan, kedalaman, dan keluasan. Ciri utama falsafah adalah berfikir secara logis dengan melakukan dua aktiviti, yakni mengajukan hujah, baik untuk menemukan, menyusun, atau mengkritik kebenaran; serta menganalisis dan menegaskan kejelasan suatu konsep.
Kata “falsafah” juga sering digunakan secara meluas dalam pengertian “pandangan dunia seseorang” atau “prinsip-prinsip ideal yang digunakan seseorang memandu hidupnya”. Pengertian ini mengandaikan bahawa setiap orang memiliki seperangkat prinsip ideal yang digunakan sebagai poros dalam berfikir, bertutur dan berperilaku. Di sinilah kemudian berlaku pepatah, bahawa setiap orang adalah ahli falsafah.