Sajak-Sajak Saleh: Poems Sacred and Profane

, ,

Salleh Ben Joned
Fixi
Softcover. 13.1cm x 20.3cm x 1.5cm 188 pages.
ISBN 9789670042183

RM25.00

SALLEH BEN JONED, Sajak-Sajak Saleh: Poems Sacred and Profane merupakan buku pertama Salleh Ben Joned (1941-2020). Kemunculan buku dwibahasa ini pernah dianggap oleh seorang Sasterawan Negara (sila rujuk Lebai Gugel untuk tahu siapa) sebagai “pengalaman yan gpaling traumatik dalam dunia sastera Melayu).

Sajak-sajak yang terkandung di dalamnya menghubungkan yang sakral dengan yang tabu; meraikan kepedasan tapi juga kelihiran bahasa dalam menggaul jati diri tersendiri. Daripada ‘hal dalam kain’ yang paling intim kepada kritikan jenaka sinis terhadap polisi pembangunan Dasar Ekonomi Baru, buku ini bukti yang jelas kenapa Salleh digelar ‘the bad boy of Malaysian literature.’

SALLEH BEN JONED (4 Julai 1941 – 29 Oktober 2020) ialah seorang penyair, penulis esei, drama pentas dan pelakon. Dilahirkan pada tahun 1941 di Melaka, mendapat pendidikan di bawah Biasiswa Rancangan Colombo dalam aliran Seni di Universiti Adelaide, Australia. Salleh sering dikenali sebagai “the bad boy of Malaysian literature” kerana tindak tanduk dan karya-karyanya yang bersifat provokasi selain dalam telatah kontroversinya. Namun pada sosok yang lain, Salleh juga dianggap sebagai warisan yang tiada tandingannya dalam kesusasteraan Malaysia. Beliau menerbitkan beberapa buku, antaranya The Amok of Mat Solo dan Sajak Sajak Salleh: Puisi Suci dan Profane. Pada tahun 1990-an, beliau mempunyai ruangan akhbar yang berterus terang di New Straits Times, bertajuk As I Please. Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem, antaranya Paper Tiger (1975), Bintang Malam (1991) dan Amok (1995).

Sajak-sajak Bahasa Melayu Salleh Ben Joned: Satu Reviu Yang Terlambat (solidaritas.my)

Weight 1000 g
Dimensions 18.5 × 12 × 1.5 cm

You may also like…