“Aku kembali. Cuba mencari emas di tempat sendiri. Jangan sampai dilombong oleh orang asing, sedang anak bumi dan dahulu hingga kini menggigit jari. Bernekadlah!”
Budaya dapat dipertahankan melalui identiti masyarakat pewarisnya. Tanpa budaya siapalah kita. Ia akan menjadi tanda tanya bukan hanya pada kita tetapi seluruh tamadun bangsa. Oleh itu, warisan yang sudah kita miliki haruslah dipelihara dan digilap. Jangan sampai kita sendiri keliru tentang budaya kita sendiri. Jikalau ini terjadi, maka kita patut berasa malu pada diri sendiri.
Begitu juga dengan kehidupan ini. Janganlah sampai kita lupa akan hakikat kehidupan yang hidup ini adalah perjuangan….
“Terkadang barang atau apa-apa sahaja yang telah kita miliki mahupun yang kita lalui, akan hadir hanya untuk menjadi kenangan di sudut hati. Bukan untuk dipegang, diatap berulang-ulang. Mungkin ia hanya satu sejarah.”