Rosli Dhoby dan Rukun 13

, ,

Nordi Achie
2018. University of Malaya Press
Softcover. 22.9cm x 15.2cm, 594 pages
ISBN 9789831009536

RM60.00

Peristiwa sungkit berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949 merupakan antara episod penting dalam sejarah Sarawak Darul Hana.

Di persada bersejarah ini, tertegaknya pengorbanan empat patriot Melayu: Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit dan Bujang Suntong.

Selepas meradak perut Duncan Stewart dengan badik, Rosli dan Rukun 13 dibicarakan dalam mahkamah kolonial yang diterajui hakim kolonial, dibarisi juri prokolonialis, disergahi pendakwa kolonial, diburu polis kolonial sembari mendepani saksi-saksi kolonial; malah paling sadis, tanpa mendapat pembelaan sewajarnya daripada peguambela profesional.

Apakah mereka dibicarakan untuk diadili, atau mahkamah kolonial diperalatkan untuk membalas dendam terhadap Rosli dan Rukun 13?

Malangnya, pada zaman kemaharajalelaan penjajah British, puterabumi antipenjajah ditohmah sebagai pemberontak, pembunuh dan penjahat.

Namun, di sisi generasi anak merdeka, pejuang antikolonialis dinobatkan sebagai wira negara dan melati bangsa.

Mereka sanggup berkorban nyawa demi memperjuangkan maruah bangsa dan kemerdekaan nusa daripada dirampas kolonialis Barat.

Justeru, kemerdekaan bangsa dan nusa yang kita kecapi hari ini merupakan hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Weight 500 g
Dimensions 22.9 × 15.2 × 1.4 cm

You may also like…