Seberang Perai pada asalnya merupakan sebahagian daripada kawasan milik kesultanan Kedah sebelum berpindah tangan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1800. Kawasan ini mula menerima ramai penghuni ekoran Perang Kedah-Siam-yang tercetus pada tahun 1821. Sejak itu ramaj orang Kedah berpindah ke Seberang Perai bagi mengelakkan kekejaman Siam. Bukan sahaja orang Kedah, Seberang Perai khususnya bahagian utara turut dihuni oleh orang- orang dari Patani yang juga lari daripada kekejaman Siam, orang-orang dari Indonesia, Cina, India dan lain~lain. Di tempat baharu ini, kegiatan sosioekonomi di tanah asal diteruskan, manakala surau dan masjid didirikan sebagai tempat beribadah.
Buku ini mengandungi 73 ringkasan sejarah masjid di Seberang Perai Utara yang dihimpun kisahnya daripada mereka yang terlibat dalam pengurusan masjid, waris-waris pewakaf tanah masjid, orang-orang tua dalam kampung serta dokumemdokumen yang ditemui setakat ini.
Buku ini juga menyoroti bagaimana masjid berfungsi bukan sahaja sebagai tempat ibadah, tetapi sebagai institusi pendidikan, pusat musyawarah, dan pemangkin pembangunan komuniti. Pengaruh budaya Melayu, Islam, dan kesan kolonial turut diceritakan melalui elemen seni bina, bahan binaan, dan gaya rekabentuk yang berubah mengikut era.
Ditulis dalam bahasa yang jelas dan mudah difahami, buku ini menjadi rujukan yang berharga kepada pelajar sejarah, penyelidik, penggiat warisan, institusi masjid, serta sesiapa yang ingin memahami sejarah pembangunan Islam di Seberang Perai secara menyeluruh dan teratur.
SENARAI PENYELIDIK
Mahani Musa
Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan pengarang dan penyunting beberapa buah buku tentang Pulau Pinang, antaranya, Kongsi Gelap Melayu 1821 – 1940-an (MBRAS, 2003), Muslim-Muslim dalam Sejarah George Town (Arkib Negara Malaysia, 2011), Biographical Dictionary of Mercantile Personalities of Penang (Think City and MBRAS, 2013), Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang, 1730-an-2012 (Think City, 2014), Memori di George Town (George Town World Heritage Incorporated, 2015), Masyarakat Melayu Pulau Pinang dalam Arus Sejarah (Penerbit USM, 2016), dan Memori 100 Tahun Sekolah Al-Mashoor (Jam’iyah Al-Ikha’ Al-Khairiyah, 2016).
Muhammad Izuan bin Abdul Rahman
Berkelulusan Sarjana dalam bidang sejarah USM.
Mohamad Amirul Najmi bin Saad
Berkelulusan Sarjana Sains (Sains Maklumat Geografi) USM.
Mohd Sahrul Syukri bin Yahya
Berkelulusan Sarjana Sains (Sains Maklumat Geografi) USM.

















